Wednesday, November 2, 2011

Bekenalan dengan CutesShakleeMom..

0 comments

Pek Ekonomi Trial Pack Shaklee

0 comments

Shaklee diperakui oleh kementerian kesihatan malaysia

0 comments
"salam kak...nak tanya produk ni dapat x kelulusan kementerian kesihatan".

ni soalan biasa ni....cuma nak share dan nak jelaskan disini...Shaklee merupakan produk yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...cuba belek botol vitamin shaklee tu ..ade tunjuk serial number MAL xxxxxx and ada printed diluluskan oleh kementerian kesihatan..(maaf tak dpt nak snap gambar).

..sy faham dgn soalan ni....bagi org yg tak pernah dgr brand ni sure risau...lagi lagi sekarang dah mcm2 brand supplemen ada kat pasaran..and beberapa bulan lepas kecoh isu supplemen beracun.........Lagi satu isu adalah isu halal....Status halal Shaklee sering menjadi persoalan terutama kepada mereka yang belum pernah mencuba Shaklee. Ini adalah rentetan beberapa email dan perbincangan di forum yang meragui status halal Shaklee. Tambah2 dengan kenyataan INFANCA bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk Shaklee.

Beberapa fakta tentang status halal Shaklee..(credit to Kak N)
* Shaklee mendapat pengiktirafan halal oleh Islamic Service of America (ISA).
* INFANCA (Salah sebuah badan pengeluar status halal di US) mengeluarkan kenyataan mereka tidak pernah luluskan status halal Shaklee & Shaklee tidak pernah memohon status halal dari INFANCA.Ini kerana Shaklee sudah diiktiraf oleh ISA.
* JAKIM juga tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada Shaklee, walau bagaimanapun, ISA adalah badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Dari website Jurnal Halal

# ISA yg mengeluarkan sijil halal Shaklee adalah adan pengeluar sijil halal terkemuka di dunia.
6.5 Islamic Services of America, a leading US Halal certification body recognised globally, including Malaysia, estimates that the US market for halal foods will continue to grow at a rate of 25 to 30 per cent over the next five to seven years.
dari website rasmi JAKIM
# Shaklee telah menang kes di mahkamah berhubung sijil halal terhadap INFANCA.
Shah Alam High Court dismisses suit against Shaklee Malaysia
KUALA LUMPUR Nov 2 – The Shah Alam High Court has dismissed a suit filed by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) against Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

In dismissing the case with costs, Judge Dato’ Zulkefli Makinudin ruled that IFANCA’s application for an injunction to stop the company from selling its products was not supported by facts as contained in its affidavits, and that there was “no real issue” between the parties, Shaklee Malaysia said in a statement recently.Shaklee Malaysia, which has 100,000 distributors in the country, is a multi-level marketing company with more than 40 years of experience.

Maka gunakan Shaklee tanpa was-was ya :).....

Langkah Pembelian dan Penghantaran Produk

0 comments

TESTIMONI

0 comments

Daftar Keahlian SHAKLEE Rasai Nikmat 3C ( CASH, CAR,CONVENTION)

0 comments

Cawangan Shaklee Berdekatan Anda

0 comments

Produk SHAKLEE

0 comments

Status HALAL ShakLee

0 comments

Ketahui Ubat VS Vitamin..

0 comments
UBAT

-sejenis dadah untuk mengubati sesuatu penyakit. Contohnya, paracetamol [untuk menurunkan suhu badan ketika demam.

-diambil semasa sakit sahaja. tp kalau mau cari penyakit boleh juga dimakan semasa tidak sakit..muehehehe

-penyalahgunaan ubat boleh mendatangkan kemudaratan pada diri, contohnya ubat batuk.

-ubat bukan VITAMIN *sebab ubat terkandung dadah, bukan vitamin. Digunakan untuk rawatan tp bukan pencegahan!

-ubat tak sedap! XD [and yes I hate medicine!]




VITAMIN @ SUPPLEMENT

-mengandungi Vitamin-vitamin tertentu.

-menjadikan badan lebih sihat.

-menghindarkan diri dari penyakit tertentu.

-Bersih dari DADAH!

-dan Vitamin jauuuuhhh lebih sedap dari ubat! XD

Kenapa Anda Perlu Mengambil Suplemen?

0 comments

"Kenapa Anda Perlu Mengambil Suplemen?"





1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar


Dalam sehari, bolehkan anda beritahu Iffa berapa kali anda tidak terdedah kepada pencemaran? TIADA?? Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser.


Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.
SATU lagi fakta penting yang anda perlu tahu: PENCEMARAN adalah satu faktor yang menyumbang kepada pertambahan RADIKAL BEBAS kedalam tubuh kita! Jadi tidak hairan ramai rakyat Malaysia kini mendapat penyakit yang misteri dan chronic.


2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien


Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat crucial bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.


Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.


3 - Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar


Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.


Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.


4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat


Cuba anda ceritakan jadual seharian anda kepada Iffa, berapa ramai yang menghabiskan lebih masa ditempat kerja berbanding berehat dan beriadah bersama keluarga? Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!


Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS


STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE!


Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown. Iffa ada buat survey beberapa kali di downtown cheras, boleh kira dengan jari jumlah pengunjung yang hanya pergi membeli belah, selebihnya sedang enak menikmati steamboat, satay ikan, jagung bakar, nasi lemak ...pukul 2-3 pagi?? Naik hairan sebab hari-hari pasti penuh.. kemudian balik kerumah dan tidur.. Agak-agaknye kemana ya makanan yg baru dimakan itu pergi?


Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI


Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.


5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa


Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!


Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.


6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan


Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.


7 - Kehilangan nutrien dalam makanan


Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut?


Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya? Renung-renungkanlah..

Credit to http://www.sayamahusihat.com/2011/06/kenapa-anda-perlu-mengambil-suplemen.html

Kenali SHAKLEE dan apa Keistimewaannya

0 comments
Tahukah anda shaklee cukup di kenali umum dan merupakan jenama yang tidak asing lagi sebagai pembekal supplement semulajadi yang terunggul di pasaran...produknya di yakini selamat, berkesan dan semulajadi....

Shaklee telah berada di pasaran selama 55 tahun.pada 1915,Dr Shaklee telah mencipta multivitamin pertama didunia dan pencuci terbaik hasil daripada gabungan ciptaan sains dan alam semulajadi.

Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.


Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.

Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.


Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang


SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 250 juta pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat

  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.


SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar

  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
  • (credit to laman web shaklee.com.my)
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com